Sunday, December 4, 2011

Budak Parah Diserang Tiga Anjing.


Anjing-Gambar hiasan

PUCHONG: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bermain dengan basikal baru dihadiahkan bapanya bertukar tragedi apabila betis kirinya cedera teruk akibat diserang tiga ekor anjing di depan rumahnya di Taman Bukit Kinrara, di sini, semalam.

Akibat serangan itu, mangsa terpaksa dibedah berikutan daging di betisnya cedera teruk.


Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Adryn Muhammad, 9, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang bersama ibunya di kedai runcit di kawasan berhampiran.

Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Asmah Alias, 36, berkata basikal itu dibeli untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu oleh bapanya, Khamis lalu.



“Sebelum kejadian, Adryn dan saya pergi ke kedai di kawasan perumahan ini untuk membeli barangan dapur. Saya pergi menaiki motosikal manakala Adryn bertegas mengekori saya dengan menaiki basikal barunya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Menurut Asmah, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat tiga ekor anjing berhampiran kawasan kediamannya, menyebabkan dia berasa bimbang.

“Sebaik memberhentikan motosikal di laman rumah, saya mendengar jeritan Adryn meminta tolong.


“Saya bergegas semula ke depan rumah sebelum melihat beberapa jiran, termasuk seorang pengawal keselamatan, mengangkat anak saya yang berlumuran darah,” katanya yang memberitahu mereka juga menghalau anjing itu.

Asmah berkata, jiran dan Adryn memberitahu dia digigit dua daripada tiga anjing yang menyerangnya.


“Adryn memberitahu dua anjing itu menggigit betis kirinya ketika dia cuba melarikan diri. Adryn bernasib baik kerana beberapa jiran dan pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian itu segera membantunya,” katanya.



Katanya, selepas bertemu pemilik anjing berkenaan, dia bergegas membawa anaknya ke sebuah hospital swasta di Puchong, di sini, untuk rawatan susulan.



“Sehingga kini, doktor melakukan rawatan awal dan memberitahu keadaan Adryn stabil. Namun, akibat kecederaan serius pada betis kirinya, Adryn terpaksa menjalani pembedahan,” katanya sambil menambah, pembedahan dilakukan selewat-lewatnya jam 5 petang, semalam.


Asmah berkata, dia kecewa dengan sikap pemilik anjing terbabit yang tidak menjaga peliharaannya sehingga mencederakan Adryn.



“Saya berharap anjing berkenaan dibunuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada kanak-kanak lain,” katanya sambil mengakui, ini bukan kejadian pertama kanak-kanak dan penduduk diserang anjing.




Sehubungan itu, Asmah memberitahu dia akan membuat laporan di Balai Polis Puchong, di sini, selepas pembedahan anaknya selesai.

Credit to: Metro online

9 comments:

dalila said...

trajis betul kejadian camni... kesian

Masjid Andalusia said...
This comment has been removed by the author.
Shaiful Zaidi said...

@Dalila Hamid
sepatutya kejadian sebegini boleh dielakkan jika penjaga anjing2 tersebut tidak biarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di kawasan kejiranan.

Unknown said...

bunuh saja anjin tu

Unknown said...

keciannya...
datang dari Hanif bloglist

Hanif bin Idrus Blog

mama aini said...

banyak sgt anjing berkeliaran dikawasan perumahan,termasuk dikawasan rumah mama..hu2x..semuga adik adryn cepat sembuh..

Shaiful Zaidi said...

@ khairul
tq atas pendapat khairul...pd pendapat saya, langkah pencegahan lebih penting berbanding membunuh anjing tu..tanggungjawab semua pihak khususnya pemilik anjing, pihak berkuasa tempatan dan komuniti stetmpat..

Shaiful Zaidi said...

@myblog
semoga mangsa serangan anjing tu cepat sembuh.

Shaiful Zaidi said...

@ mama aini
ye ke mama....so semua pihak perlu prihatin. kalau dah banyak sangat lapor jer pd pihak berkuasa tempatan. Mereka ada kuasa utk bertindak..

Related Posts with Thumbnails