Pages

Sunday, July 31, 2011

Rumah Titian Kasih??

Assalamualaikum dan selamat petang.

Rumah Titian Kasih (RTK) berhampiran Istana Budaya adalah antara destinasi yang saya akan kunjungi setiap kali ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, ketika kunjungan pada hari Khamis yang lalu, saya agak terkejut kerana RTK sudah tidak wujud lagi. 

Rupa-rupanya semua penghuni RTK telah berpindah ke asrama sekolah yang berhampiran. Namun saya tidak sempat berkunjung ke sana dek kesuntukan masa dan jalan raya yang jam ketika itu. Saya hanya sempat berbual dengan Kak Pah (penjaga RTK) menerusi telefon.

Moga penghuni RTK lebih ceria dan lebih selesa di tempat baru.

RTK suatu ketika dulu.

Kini

2 comments:

  1. rumah titian kasih...mama belum pernah mengunjungi !!..hanya rumah yg hampir serupa di kapar klang..mama bawa ank mama sekali waktu itu,utk melihat sendiri bagaimana keadaan mereka..hu2x..

    ReplyDelete
  2. @ MaMa AiNi
    RTK hanya tinggal kenangan...berita ttg RTk banyak kali disiarkan dlm media massa...

    ReplyDelete