Bakteria E. coli |
Entri saya kali ini berkenaan sejenis bakteria gram negatif yang dikenali sebagai E. coli atau Escherichia coli. Jangan lupa sebut huruf 'E' tu...... Sebutan Melayu: E-kolai.
E.coli berbentuk rod dan biasanya dijumpai di dalam usus mamalia (haiwan berdarah panas). Kebanyakan strain bakteria ini tidak merbahaya kepada manusia kecuali beberapa strain sahaja. Contohnya strain (0104:H4) adalah strain yang sangat aktif menghasilkan toksin.

Di negara-negara Eropah, E. coli dilaporkan telah telah menyebabkan 22 kematian dan lebih 2200 orang telah mengalami simptom-simptom dijangkiti E. coli. Antaranya ialah jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah atau septisemia, radang selaput otak pada bayi (neonatal meningitis), cirit-birit dan jangkitan luka selepas pembedahan terutama yang melibatkan pembedahan usus, kekejangan perut dan cirit-birit berdarah. Keadaan ini boleh berlanjutan hingga pesakit mengalami komplikasi hemolytic uremic syndrome (HUS).
Kita harus sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan agar tidak dijangkiti wabak ini. Sama-samalah klita berdoa agar negara kita selamat daripada wabak ini.
nice info!!..thanks en.shaiful
ReplyDelete@MaMa AiNi
ReplyDeleteSama-sama akak...